Surprise Me!

Harga Barang | PDRM seru masyarakat tidak sertai flashmob bantahan

2022-07-16 0 Dailymotion

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti
flashmob atau perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah
Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, tindakan tegas akan diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana penganjur flashmob, perhimpunan atau peserta yang gagal mematuhi undang-undang.